Secubit secarik tentang saya =)

My photo
Welcome to my page =) thanks for being my friend =) I love u =) .Secubit tentang diri saya . Berasal dari utaqha dan seorang yang agak pemalu. Tujuan blog arfarynazed ditubuhkan untuk mencari ramai teman dan borkongsi isu-isu yang terbaru & menarik =) Thanks to all yang sudi view my page.. =)Jangan lupa Tinggalkan kesan anda yokk =)

Monday, May 30

Engagement =) Mohh ~



Video Engagement of Syira Aiyob and Zahiril Adzim


Jom Layan sama~sama

=)



Assalamualaikum...

Dah habis layan ?? Cam ner? ape korang rasa ?
=) Mesti happy sangat kan ... sekali seumor hidup kowt.. leh dapat cam nie kan~

Actually, Tujuan aku memilih video klip nie.. sebab suka sangat tengok pasangan nie...

so, aku nak kongsi-kongsikan lah dengan u~alls suma~
Mana taw anda, anda dan anda leh dapat idea untuk majlis korang nanty~
Lagi pun sekarang kan musim cuti sekolah.. banyak sangat majlis kahwin sana sini ~
so , aku pun terikut-ikut nak layan cam video kat atas nie kan..

Selamat Menonton

Chill laa hahaha....

Saturday, May 28

NotHING ~








P/s : Dulu aku selalu layan lagu nie time g karok.. dan skunk bukan setakat layan 70 % dah menjadi separuh dalam hidup aku ~



Thursday, May 26

Ceriteria Donat !!!


Assalamualaikum...

Korang penah tengok tak Celoteh budak-budak layan Donat caner ?? Korang nak tahu x?



Location : Kat Ruang Dapur


Ada lah sorang cucu nie nama dia Lokman, die tengah breakfirst an.. . sambil tue Nenek dia tengah basuh pinggan , Tiba-tiba Lokman kata kat nenek dia ..

" Nenek, Lokman tak suka la lubang kat donat nie "

Neneknye menjawab.....

" Tak pe.. Lokman makan dulu donat tue, Nanti nenek habiskan lubang dia.. "




Lokman..Lokman..Lokman... Awat LOL sgt .. =D

















Wednesday, May 25

Penalty Shoot Out !!! Moh Layan !!!




Assalamualaikum....

U~olls.. Baik kahh? Sihat kah ? harap-harap korang disana dan disanun sihat -sihat yok.. jangan terlebih makan ataupun terkurang makan.... hehe.. hahaha apa pon yang kita wat kene lah bersedahana~ .. yokk ~ blalalala... hahaha (Leter dulu ) kan...



What the Penalty Shoot Out ? yoO ~

The "Penalty Shoot Out " is One game when someone yang tengah boring-boring ~ haha... Yes la..Engat tipu ke ? Betol ok..

"Five strikers line up for a Penalty Shoot-Out competition. Study the relevant information about the strikers and keeper, make an informed decision and place your bet. You also have the option to place further side bets on where the strike will cross the line "- About the Penalty Shoot Out.

Hahaha.. actually, Game nie tak lah sehebat game drift yang korang layan tue.. haha.. biasa jer.. game nie.. kalau korang yang dah lama tak main bola ke , dah lama tak g futsal ke, or asyik layan game tanam-tanaman cam farmville kan tak pon game tembak-tembak ke... apa kata korang layan Penalty shoot Out game nie.. haha... atlease korang leh lahh lepaskan tension korang kat bf or gf ke or papew jer lahh kan... tak pon nak suka-suki kan.. atlease korang tak bosan... game nie boleh la.. nak bantu kowtt.. kan.. hihi..


Just Follow this Rule ok =D

Firstly, Log in Fb korang.. (Make sure u~olls ade akaun Fb ok)

Then, just Click Here ok.. Dah Pon boleh main..

That it..


~ Aku just bagi suggestion jea kat korang.. ok.. tak tahu lah korang seronok beronok ke x kan~

Jom Lawan dua~,~ hihi

=D










Tuesday, May 24

Jom Layan Juvana !!!~


Jomm.. Layan Juvana !!!

SETIAP ISNIN~9 MALAM~DI TV3


Assalamualaikum...

Heloo~ U~oLLs.. Selamat Minum Petang =) Nampak tak kat atas nie.. Hehe.. Drama Juvana yang baru je ditayangkan setiap Isnin 9 Malam di Tv3.. Nak kata baru tue tak la sangat .. nak kata lama sangat pun tak juga so half laa.. hahaha.. Semua nya 13 Episod .. Kalau tak silap dah 5 episod pun berlalu.. Tapi Seyes wehh.. citer nie best la.. shiokk... bukan ape.. asyik-asyik layan citer cintan-cintun kan.. nak gak layan citer lain pulok kan ~ So, setiap hari isnin pukul 9 malam aku akan get ready di depan Tv.. huhu.. Lagi pun.. 13 episod jea.. tak lah lama sangat kan~So, semua orang boleh tengok sebab citer nie kat TV3 tak payah la korang nak langgan sana - langgan sini yokk ~ =)


Layan jab !!!




Sinopsis Drama Juvana

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.



~ Nah korang layan gambo nie ~


Pelakon dari Drama Juvana


Lakonan Botak nie pun best huhu.. masyukkk ~


Kenali setiap watak pelakon didalam Drama Juvana



Pelakon Utama

Zahiril Adzam / Daim Yahya

~ Saya amat suka Pelakon Zahiril Adzam sebab muka die mirip kawan lama saya dan lakonan die pun mantop n mavulus ~


So... Mohh layan sekaly =))


So, Kalau korang nak taw lagi details tentang DRAMA JUVANA yang bersiri nie just click HERE ok ..


~ SELAMAT MENONTON ~


Sunday, May 22

Up coming.. KL GANGSTER


Up Coming.. KL GANGSTER...


Assalamualaikum....

U~ olls.. Okey... nampak tak .. kat atas nie..? hehe dah taw kan.. Kali nie aku nak review pasal KL Gangster la pulok kan... cewah-cewah.. tader laa... Bukan ape.. aku minat giler lah filem-filem yang action movie nie.. so, aku pun nak kongsi-kongsi lah dengar korang suma kan,kan,kan.. Mana lah taw.. kowt-kowt ada yang minat action movie cam aku gak ~ tak kisah lah kalau yang sudah berkahwin ataupun tidak .. hehe.. Kalau dah minat orang kata belasah ja kan.. haha.. ayat~ hehe...

Filem KL GANGSTER nie aku tengok cam best jea~ tapi aku tak sure best ke tak.. hope best la kan.. kata filem aksi .. kan.. Pengarah nya Shamsul Yusof kowt.. mesti mantop punye.. tengok macam filem khurafat dah ar.. rancak gak ar.. seyes best ~ Kalau tengok Pelakon dalam KL GENGSTER nie terdiri dari pelakon utamanya, Shamsul Yusof (Shark), Ridzuan Hasim(King) , Aaron Aziz(Malek), Ady Putra(Jai), Zizan Raja Lawak(Fadil) dan Sheera(Zati) ~ wahh.. kali nie Zizan Berentap kowt.. haha... caiyokkk..


Sinopsis

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".


Nah korang layan Triler dulu ~




P/s : Dah tak sabar dah nak tengok nie =D

Segmen Bloglist Abgteror , Tanah Tumpah Darah ku~



Assalamualaikum ...

U~olls.. Sihat kah?? hehe.. diharapkan sihat dan sejahtera belaka yea~~.. iyer la kan.. sekarangkan musim panas... so, korang kena la banyak minum air masak banyak-banyak yea~.. ok.. tadi time blogworking lagi~ terjumpa satu segmen lagi.. by AbgTeror.. Hurm segmen die memang bagus.. sebab AbgTeror nie nak tahu setiap membe-membe blogger nya berasal dari negeri maner... so, timbul lah segmen nie untuk merapatkan kaum-kaum blogger nyer.. Yes, memang tak dinafikan segmen nie amat bagus.. Atlease kita boleh tahu.. di mana member2 blogger2 kita berasal kan... ok.. Jom.. Join ramai-ramai..g pun simple-mimple jea k.. korang tak payah nak susah tag orang ok~..

~Korang just kena jawab 4 jea soalan nie ~

1. Dimana anda dilahirkan ?
~Saya dilahirkan di Penang ~

2. Dimana anda dibesarkan ?
Saya dibesarkan di Kedah ~

3. Negeri pilihan anda untuk di masukkan ke dalam senarai bloglist AbgTeror ?
Of-couse la Penang ~

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut ?
Hurm.. sebabnya.. walaupun saya menetap di kedah~ kalau nak seronok ~beronok mesti akan ke Penang sebab dekat jea pun tak jauh sgt pom.. haha.. dan juga penang juga tempat saya dilahirkan..~,~

~ Tue je .. dah pon siap ~
So Simple, So Mimple..




Saturday, May 21

Pencarian Bloglist Untuk Blog transparent-mashi




Assalammualaikum ... =)

U~olls tadi time i berblogworking.. ternampak segmen by mashi nie... eam~ so, ape kata kita join sama-sama nak ? ok... tak susah pun.. just enter jea blog mashi nie.. then follow jea syarat~syarat nyer.. ok... tak pun.. click here untuk join ok~


Ikut je langkah nie , kalau korang nak join ok ~

1. Ok, Buat entry bertajuk " Pencarian Bloglist untuk Blog transparent-mashi "

2. Korang mesti letak banner cik mashi nie kat entry korang..(wajib)

3. Of couse lah korang kena follow blog cik mashi nie~

4. Linkkan entry korang ke blog cik mashi nie yerp~

5. Make sure korang Tag 3 orang k..

Senang jea kan~ so jom la ramai-ramai join segmen by Cik Mashi nie =))

Due date nyer pada : 22 June 2011

Lastly i nak tag 3 orang cik Aqilah, cik Ezaty dan cik Miza.. =))



P/s : Kalau korang nak taw gift nyer .. check it out blog cik Mashi y0~ =))


Dah siap ~,~






Thursday, May 19

Ape cer nie ???


Ape Cer Nie...??



Assalammualaikum ...

u~olls , Ok Baru~ baru nie aku ada buat entry tentang Filem kongsi nie an.. ok~ hari nie aku nak ulas sikit la pasal movie.. nie.. sebab aku pun dah tengok...

Sebelum aku tengok , aku da buat entry Lu Langsi, Lu mati , then bila aku dah pom tengok citer Kongsi nie.., Haha.. ok memang tak dinafikan aksi-aksi die boleh la tahan.. dan semua orang tahu Sam pon pelakon yang hebat~ banyak la yang menjadi .. paling sempoi Time sam berdiri atas kereta polis tue.. haha.. bran gak la~ haha... tapi, ending dia tak best la.. seyes.. tak besh langsung~ mungkin akan ada Kongsi 2 kowt lepas nie.. mana lah nak tahu~~.. tapi ending tak besh ~ sayangs la... kalau ekot hati nak bagi 5 bintang.. tapi disebabkan ending tak baper nak sonok~beronok, Boleh bagi 3 and half jea la.. kan...

Ok... Dengar kata , Filem Pirates of the Caribbean ... macam best je~~ i loike ~



Nah, Korang try layan Triller dulu ~ =D


p/s : Jack Sparrow & Barbossa embark on a quest to find the elusive fountain of youth only to discover that BlackBeard and his daughter are after it too.

Macam Best~,~

1st Giveaway by RedRidingBow



1st Giveaway by RedRidingBow


Assalammualaikum...


U~olls hari nie saya datang lagi dengan membawa Giveaway lagii... yo~Wah~ suke,suke,suke lahh.. cewah-cewahh... haha.. Giveaway by RedRidingBow nie memang cute~cute kalau korang tengok... Tak sangka tengah blogworking then nampak Ga nie.. so terus join la... Kalau korang nak join just click nie. ok.. Buat pengetahuan korang sume~ Kak Afiza nie juga ada buka perniagaannya tersendiri.. so, kalau korang nak tahu lebih details, korang boleh la jejak di blog nyer ok ~


This Giveaway start from 9th May 2011 - 9th June 2011



~ The end ~








Tuesday, May 17

Lu Langsi , Lu Mati laa..



Assalamualaikum ..

Hurm... Memang aku tak sabar dah nie.. nak nengok Filem Kongsi.. sebab tengok trailer nyer.. macam best.. eamm ~~



Yang pastinya , aku sendiri memang minat dengan cerita aksi yang cam nie.. betul-betul rasa puas dan berbaloi kalau beli tiket mahal pom..hehehe.. Orang kata kalau dah minat .. yang buruk pon dah ta nampak kan... tapi seyes.. macam best arr... tambahan pula Sam Shaheizy Pelakon utama dier.. wahhhh.. lagi tak saborr.. Jom-Jom g tengok Kongsi ~~~


Kalau Korang tak tengok filem nie ,korang tak kan tahu..

1. Bagaimana watak Sam Shaheizy yang memainkan wataknya sebagai ahli kongsi yang terlampau berani..tetapi begitu Clumsy yo..

2. Korang tak kan dapat tengok Kereta Evo Polis yang menjadi taruhan.. dalam aksi kejar mengejar.. Yo..

3. .... Dan babak hancur- menghancur dipaparkan Fuuhhh..

4. Selitan unsur Lawak jenaka mesti tidak ketinggalan~,~


Jadi kepada anda, anda dan anda yang tak tengok ag..
Jom, Jom, Jom ...
;)


Haaa.. Nah Layan dulu Triler Filem Kongsi nie..



"Lu langsi, Lu mati"

Sunday, May 15

Selamat hari guru !!!




SELAMAT HARI GURU !!!


Assalamualaikum...

Sempena hari guru nie.. aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada cikgu-cikgu aku waktu aku sekolah Rendah & Menegah dulu..sebab tahan dengan kerenah macam-macam aku nie hehe. Sebab aku nie sorang murid yang nakal dan tak nak dengar kata.. ( Degil ). haha. Kalau imbas waktu-waktu sekolah menegah dulu.. haha memg beriban kesalahan aku wat masa sekolah.. kalau pikir-pikirkan balik.. rasa cam lawak pon daa... Nak kata wanted tue tak la sgt.. tapi agak laa.. hahaha... tapi senakal aku kat sekolah dulu, Setiap hari guru, aku selalu bagi kad ucapan taw kat cikgu.. jangan pandang sebelah mata~,~. tak main lah kad yang bunyi-bunyi lagu.. aku siap wat kad kreatif lagi k.. kat cikgu ~ Kalau tak silap cikgu bahasa Melayu aku.. dah tak engat dah nama aper..tapi muka dia aku cam lahh..~ sebab dia mengajar aku faham.. dan banyak motivated aku .....Sayang giler lahh...

Apapa pun.. aku masih ingat lagi cikgu~cikgu aku waktu aku sekolah rendah dan menengah ok.. cuma kalau jumpa diorang balik.. wahh segan nyewpp =P tapi aku dulu dengan sekarang amat lah berbeza~~ Silap-silap dorang lah yang tak kenal aku =))


SELAMAT HARI GURU
=)



Saturday, May 14

Tak sedap hati kowt ...


Assalamualaikum..

wadoiii.. tak boleh nak tidoq la beb ! tak tahu la kenapa,
tiba-tiba rasa tak sedap hati...
Harap-harap tak jadi ape2 laaa...
=(


Layan jer lah !!


Layan jea!!
This song for 18xx above


Mood : Teringat masa sem 1 time dulux-dulux =D

My Reaction : Kalau yang under 18 tue tak yah la play, kalau degil jugak.. play lahh haha

Tuesday, May 10

Hafizzainal's contest - Senyuman mahal



" Hafizzainal's contest - Senyuman mahal "

Assalamuaikum..
Haa.. saya mau join contest lagi.. =)
Kalau Anda, anda dan anda nak join just click nie.



~

My LoveLy Memorie Picture =)

Sebenarnya masa nie Hari raya.. sO, kalau tak silap lah kan nie lah rumah member yang mula-mula kami menjamu selera & tangkap gambo riban-riban kat sinie.. memang ramai kowt Fotographer yang tak pro tepi tue.. haha so, this time member saya sendiri yang ringankan tangan die nak take pix kami, then siap cakap lagi wat best sikit.. so, dengan gaya tak berapa nak best nie senyum lahh gelong-gelong macam nie =) hehe.. tue lah Ending of the story . haha. saya yang baju kurung belalang tue hahaha .


mangsa tag saya kali nie miza , aqilah lagi , ezaty





Getaq Kowt Tengok !!!


Assalamualaikum..

Sekarang nie kan musim panas , cuaca pun tak menentu, nampak macam nak hujan tapi panas balik.. akibat cuaca yang terlalu panas, binatang yang didalam tanah semua kepanasan ... sebut pasal binatang, aku da story sikit.. kejadian nie baru jea terjadi time aku tengah makan tomyam di ruang tamu tadi..

Bayangkan tadi tengah shok-shok layan tomyam dengan family di ruang tamu sambil mononton Tv , tiba-tiba aku terpandang seekor lipan ! Ya allah besaq ibu jari kowt.. nasib aku dan lari masuk bilik.. kalau aku tak perasan tadi .. memang confirm kena.. huhu.. tatot nyaaa.. getaq nie tak habis dari tadi...

Lepas tue apa lagi adek dengan mama la yang tolong buangkan Lipan tue,, huh ! Terpacak bulu roma tengok lipan sebesar ibu jari tue.. huh! agak2 laaa kan.. memang tak dinafikan musim panas kan sekarang...

Nasib la aku dan perasan Lipan tu tadi.. kalo tak.. tak tau laaa sebabnya lipan tu datang dari arah belakang.. wahhh.. nak suprise pon agak-agak laa... Getaq nie masih terasa lagi... huh..

Nah !!Korang tengok laa ..
Getaq kowtt...tengokk !!!


P/s : Huh.. Conform meremang kalau korang di situasi aku okey..!!!

Sunday, May 8

Today is Lekit - Lekit dayz.



Assalamualaikum..

Today is the Lekit - Lekit Day..

what ? lekit -lekit day?

hahahaha..

Lekit - Lekit day is Hot-Hot day..

Hahahaha

This is crazy entry so just enough =P


Heloo ~ hari ni saya nak gila-gila sebab nya keadaan sekarang nie memang tengah kritikal yea..Dimana hari ini suhu kepanasan di dalam rumah begitu terlalu panas.. wahh.. tambah dengan sakit kepala , dan pening-pening lalat lagi la membuat satu perasaan yang tidak menyenang kan.. tapi alhamdulillah.. now, Suhu kepanasan dah semakin surut.. harap-harap.. boleh mentain.. hurmm...

Bukan nak buat-buat terlepas pandang.. tapi memang dah lama aku perhatikan, dimana cuaca kepanasan dah semakin tinggi berbanding sebelum nie.. percaya or x? memang aku dah rasakan.. buktinya ! binatang - binatang di dalam tanah semua kepanasan.. so diorang terpaksa kuar cari tempat yang lembab.. sebagai contoh macam dalam bilik air.. dan aku sendiri pernah nampak cacing yang panjang eiiii geli geleman tengok mengesot-ngesot dalam bilik air.. hehe

Anyway.. bayang kan waktu sekarang nie Jam 1.00 a.m pon panas ag.. bayangkan lah? Harap haraplah esok hujan.. =) sejuk cikit =)

yokkk.. tak larat dah nak membebel.. =) ok.. caw dulu, Salam.




Saturday, May 7

Happy Mother Day !!!



Assalamualaikum..


Dikesempatan yang ada ini aku nak ucapkan kepada para ibu, emak, mama, umi, mami , dan sekutu denganya lah " SELAMAT HARI IBU " yeahh .. =)

Tak lupa juga kepada Mymum yang banyak berjasa iaitu Rosama Bt Sheriff =) thanks a lott ..
" Segala pengorbanan mu tidak pernah akan ku lupakan " =) ayat brutal sket la kowt.. tak pandai sangat nak men ayat-ayat jiwang nie. lalalala.

SO, kepada yang baru nak bergelar ibu..? mesti seronok dan beronok-ronok kan.. Congrats =)

P/s : Happy Mother Day to all mum in the worlds.. (taktau nak kasi hadiah ape nie ) =P









Friday, May 6

Arghh!! ....Mulut Lagi !!!


Arghhh ULSER MULUT LAGI...!!!

Assalamualaikum =)

WAHH Title entryy termiss something... takpa-takpa refer kat atas nie yer .. =P Saja nak suka-suki nak buat lupa-lupa hehehe Okeyh back to topic, termegigau lah pulak atoyaiii =P . Korang penah tak kena Ulser kat bahagian gusi ataupun bibir ? sakit taw. whoooh rasa macam nak marah semua orang. hahaha. Seriusly, sakit bebernor .. dan memang tengah alami pun sekarang nie... tp kat bibir.. sebelum nie tak pernah pun terkena dekat bahagian bibir k, but sekarang nie myUlser exchange place , that is my Lips . Hushh!! rasa macam nak Gigit bahagian yang pecah tue.. Bukan apa, kerap sangat..yang Peliks nya saya selalu minum air masak k. bukan setakat air masak, air seruling, air mineral and blablabla.... hahaha.


Nah korang tengok lah..


Korang taw tak ? Kalau aku tengok gambar nie macam nak ambil jer jarum then cucuk.. eiiiii... jadi geram taw bila tengok Ulser nie.. hehehe... Memang tak boleh tengok!tapi kena tengok jugaa.. Kalau korang perasan lah kan Ulser nie makin lama makin membengkak / membesar taw luka dia.. =( Sabar jer laa.. =(( Kalau masuk hari nie dah empat hari dah.. makin membengkak taw.. nak cuba juga letak garam .. huh!! tak mampu lagi setakat nie. conform bibir atau satu muka merah Menyala !!.. hahahaha takmau! takmau ! takmau ! Kalau nak kumur dengan air garam tue? mungkin boleh dipertimbangkan lagi.. hehehe Boleh jadi juga aku akan buat kalau Ulser nie tak baik-baik lagi.. hehehe..

Dah dah cukup suda bebelan aku.

Lagi...?

Rasa sakit kerana ulser boleh diredakan dengan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubat kumur antibakteria . Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamal petua berikut :

  1. Banyak minum air suam.
  2. Berehat dengan Tidur dengan cukup.
  3. Amalkan tabiat menjaga agar Mulut dan Gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
  4. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

So, Nampak suda kesalah sendiri hehehe =P





Sumber dari : Professer Dr. Rahimah Abdul Khadir


P/S : Kalau nak tau lebih lanjut click nie.


Selesai Suda~~~



















Shawl Random Giveaway dari Moe Closet!



" Shawl Random Giveaway dari Moe Closet! "



Hye !!! ;)
Salam to all my friend =) . okeyh this time aku nak joint GA dari Cik Moe Closet ! Ok, dari apa yang saya lihat Cik Moe Closet nie sukakan warna hitam & maybe putih. =) wahhh.. kita pun . = ) Ok, Menurut Cik Moe Closet, sesaper yang bertuah dalam GA nyer nie, berpeluang dapat Shawl =) Wahh =) Saya pun nak! nak! nak! juga.. Teringin la nak pakai Shawl =) . Insyaallah kalau lah ada rezeki.. hahaha. Tarikh TuTup nyer? Tiada Due date nyer.. So, kepada anda! anda ! dan juga anda jom lah join.. dapat Shawl kowt =) But , wajib dulu jadi Follower Cik Moe Closer dulu yea.. Chantek la this Banner ! nak pinjam boleh =P

Kalau nak join, Boleh click gambar di atas nie atau pun click nie.

Saya nak tag pada budak-budak Nakal ini : Cik EZATY & Cik QILAH

Tadaa~ Siap~

Wednesday, May 4

Tips untuk anak-anak Menjadi taat




Assalamualaikum..



I nak share something to u all. Ok isu ni ke arah keagamaan lah sedikit. Bukan apa. Serius, i memang suka sangat dengan this statement. Sebabnya kalau tengok fenomena sekarang kalau nak compare dengan Zaman dulu memang sangat lah berbeza. Contoh macam satu situasi dimana Kalau anak-anak zaman dahulu buat salah macam curi duit ibubapa mesti kena rotan habis-habisan, tapi anak-anak akan takut dan kalu nak ulang balik kesalahan yang sama mungkin ada perasaan takut kan?

Kalau Zaman sekarang? Boleh bayang tak apa yang akan jadi kalau ibubapa pukul anak-anak yang baru nak meningkat remaja. Mesti anak-anak ini langsung tak takut. paling merumitkan lagi anak-anak ini kemungkinan akan lari dari rumah, maki hamun mak bapak, biadab dan sebagainya. Kalau di pikir-pikir kan balik kalau time kita nanti boleh tak korang bayangkan apa akan terjadi ? Tengok sekarang sudah lah, macam-macam gejala sosial yang banyak berlaku dikalangan budak-budak remaja yang berumur di aatara 13 tahun sehingga 15 tahun nie. Jadi, pengawasan dari ibubapa terhadap anak-anak yang meningkat remaja nie perlu dititikberatkan.

Bagaimana nak bagi anak-anak taat kepada ibubapa ?

"Buat baik kepada ibubapa kamu, Nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu"

Sumber : Tanyalah ustaz : TV9


P/s : So, anda , anda dan anda jangan lupa Amal tips nie yer .


Sekian, Terimas





Nikaviolet GA...jom join.....



Heloo kamu ! kamu & kamu lagi =)

Today i nak joint G.A lagi ye.. Sambil-sambil Blogworking tadi terjumpa macam-macam jenis G.A dan segmen , tapi tengok Miss Nadhirah punye G.a macam cute2 jer. hehe saya pun nak Juga. Insyaallah kalau saya ada rezeki lah . kan.kan.kan. Kalau sebaliknya pun takpe lah kan.kan.kan.

Ok. Miss Nadhirah punyer G.A seriusly Simple -Mimple jea k. sO, tak payah nk kusut-kusut kan kepala anda. Walaupun simple tapi ada kelainan nyer tersendiri yes! saya suka G.a anda =). Seperti yang dinyatakan oleh Miss Nadhirah nie dia nak tahu maksud nama yer ? & sapa yang bagi nama tue ?

Ok. Let me introduce my self -,- My full name is NAWWAR FATIN SUFINAZ . Panjang x? hehe Masa dekat sekolah Menengah dulu, ramai Senior-senior duk cakap nama macam galah panjang. haha. nak buat macam mana kan dah mymum yang letak kan. huhu. so i kena accept la. tp ramai yang prefer panggil saya Nawwar @ Faten la. Nama yang belakang tue jarang laa orang nak panggil. kan.kan.kan.

Maksud penuh untuk nama saya nie : Nawwar - Same as Nur @ Noor lah so boleh lah dikatakan sebagai BerCahaya , Fatin - Genik & Cantik and Sufinaz - None .>,< Ha! sebelum terlupa tarikh akhir untuk join contest nie 31 MEI 2011 . So Jom..Jom.. Join sama-sama =)

Sekian, Terimas ;)

P/s : Kalau nak join contest ni just click banner Miss Nadhirah atau pun Click nie .




Tuesday, May 3

First GiveAway Ibu balqis



First GiveAway Ibu Balqis

i Joint GiveAway lagi dari Ibu Balqis pulak =)

Tag : Miss Ezaty & Miss Aqilah

Dah siap =)






MRS FIZA GIVEAWAY!!!


MRS FIZA GIVEAWAY !!!


Joint Ga dari MRS FIZA =)

Kalau nak joint GA by MRS FIZA nie click --> MRS FIZA

Thanks =)

Thanks Again Yeah !!!



Assalamualaikum..


Heloo lalole All..

Saya Amat Happy sebab si S bagi saya this Toblerone. Hehehe. Sapa suruh sakitkan hati saya. saya dah dapat membalas dendam saya terhadap si S saya. hehe. Rasakan. Nasib baek dalam Watson tue ada jual Toblerone saiz yang kecik punya .. kalo tak, dah lama saya Denda si S belikan saya Tobleron yang besow. hahaha. Yes !

Bukannya apa, si S nie dia tak suka langsung nak makan coklat. makna kata dia tak suka coklat lah. tapi saya pula suka Coklat. watever jea. kalo dah namanya Coklat saya Cik faten yang punya yerr!! =P Maafkanlah saya jika saya selalu habiskan coklat Miss NIBA masa dekat Hostel dulu =)
Saya sayang anda la Miss NIBA. Saya tak lupa pengorbanan anda memperkenalkan saya Koleksi Coklat yang anda suka =). =)

Seriusly, This Coklat memangg SEDAP & MASYUK. So kepada sesiapa yang dah lama tak makan coklat @ tak suka makan coklat @ dah boring dengan coklat yang anda makan selalu @ Teringin nak kan kelainan dalam menikmati Coklat Just Try Toblerone. Memang sedap . Harga dia dalam lingkungan RM5 jea untuk saiz yang kecik. Cuba laa..


Jangan lupa mencuba taw ! Conform nak double =)